Orang ramai yang pernah mendapatkan rawatan daripada pengamal pergigian haram disaran tampil ke hadapan bagi membantu siasatan lanjut mengenai khidmat doktor gigi tidak bertauliah.<br /><br />Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM , Dr Noormi Othman berkata pihaknya percaya kontrak perjanjian yang dilakukan bersama doktor tidak bertauliah itu antara faktor mangsa enggan membuat laporan sehingga menyukarkan siasatan dijalankan.
